ADUAN PERALATAN ICT SEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan / Puan GPB  yang dihormati,
Untuk makluman pihak tuan / puan, BTP dan KPM dalam proses untuk menyediakan peruntukan kewangan penyelenggaraan peralatan ICT bagi tahun 2017.
Sehubungan dengan itu, tuan / puan adalah dimohon untuk melaporkan kerosakan komputer atau alatan ICT sekolah supaya dapat membuat pengisian aduan kerosakkan dalam STS sebelum 31 Oktober 2016.
URL STS : http://sts.moe.edu.my/
Harap maklum. Terima kasih.

TARIKH AKHIR PENGISIAN SSQS V2.0

Assalamualaikum WBT…

Di sini disertakan senarai semak untuk rujukan pihak sekolah dalam pengisian SSQS v2.0 sehingga selasa 24 September 2013.

GURU

MURID

GPM

PENTADBIR

 

P/S : Untuk melihat senarai semak, sila klik di mana-mana link yang dikehendaki di atas .

** Pastikan setiap responden hanya menjawab sekali sahaja untuk satu borang bagi mengelakkan kekeliruan pada data. Tuan / puan boleh memastikan borang yang telah diisi sama ada sudah diterima atau belum.

Kepada pihak sekolah yang sedang melakukan pengisian borang SSQS v2.0.Di sini saya ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir pengisian SSQS v2.0 telah diubah daripada 30 September 2013 kepada 27 September 2013.Hal ini kerana pihak PKG Cherang Ruku perlu membuat analisis data-data yang telah diisi oleh pihak sekolah untuk digabungkan bersama data-data dari PKG Daerah Pasir Puteh untuk dihantar kepada pihak BTPN Kelantan.

Harap maklum.Terima kasih di atas kerjasama dan komitmen pihak tuan.Harap maklum..

Jutaan terima kasih kerana membuat pengisian SSQS 2.0 2013

Link SSQS di blog ini hanya khusus untuk sekolah-sekolah kelompok PKG Cherang Ruku Sahaja.

Jutaan terima kasih kepada responden dan sekolah yang telah membuat pengisian SSQS 2.0 2013

skala jawapan yang diberikan mewakili:

A = 1 bintang

B = 2 bintang

C = 3 bintang

D = 4 bintang

E = 5 bintang

Diharapkan bintang SSQS 2013 sekolah-sekolah kelompok PKG Cherang Ruku meningkat kepada yang lebih baik